BPA - Portal Rasmi

 BAHAGIAN PENGURUSANlogo bpa edit 
 AKADEMIK

 

SELAMAT DATANG KE PORTAL BPA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke gerbang Portal Bahagian Pengurusan Akademik (BPA). Saya mewakili semua warga kerja BPA amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan tuan/puan melayari portal BPA.

Untuk makluman bahawa BPA merupakan salah satu bahagian di bawah Jabatan Pendaftar yang berperanan dalam urusan hubungan akademik, pengambilan pelajar, rekod pelajar, peperiksaan, pengurusan senat, pengijazahan, penganugerahan dan pentadbiran akademik. Secara dasarnya BPA telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan core business universiti meliputi pengurusan, pengawalan dan pelaksanaan aktiviti hal-ehwal akademik prasiswazah di UMP.

Berdasarkan tanggungjawab, peranan dan fungsi tersebut maka menjadi azam dan tanggungjawab kami untuk membolehkan pengurusan akademik ditadbir secara efektif dan efisyen bagi memastikan proses penghasilan graduan yang bermutu dan memenuhi serta melangkaui kehendak pemegang taruh dapat direalisasikan.

Portal BPA ini dibangunkan adalah bertujuan untuk membolehkan tuan/puan mendapatkan perkhidmatan dan maklumat yang berkaitan dengan pengurusan akademik dengan cepat dan tepat.

Diharapkan melalui portal ini akan dapat membantu tuan/puan dalam menjalankan urusan berkaitan pengurusan akademik di UMP. Di samping itu juga melalui portal ini akan dapat dibudayakan konsep perkongsian ilmu dan maklumat.

Salam Hormat

 

ARMAN BIN A.RAHIM

  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Peta Laman
  • Soalan Lazim