BPA - Portal Rasmi

 BAHAGIAN PENGURUSANlogo bpa edit 
 AKADEMIK

 

Unit Senat & Pentadbiran Akademik

SENAT

Senat Universiti ialah Badan Berkuasa Akademik tertinggi yang mengawal dan bertanggungjawab ke atas arahan am mengenai pengajaran, penyelidikan dan peperiksaan dan penetapan serta pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain.

Tugas - tugas sebagai Urusetia Senat adalah seperti berikut:-

  • Mengaturkan perjalanan mesyuarat Senat
  • Menyediakan agenda dan fail mesyuarat
  • Menyedia, mengedar minit mesyuarat serta mendapatkan maklumbalas terhadap setiap tindakan
  • Mengurus dan mengemaskini dokumen dan rekod berkaitan Senat (kertas kerja, rekod keputusan mesyuarat dan sebagainya)
  • Mengemaskini senarai keahlian yang betul dan terkini - termasuk penyediaan surat pelantikan/surat penghargaan
  • Berurusan secara langsung dengan Jawatankuasa Tetap Senat
  • Menguruskan perkara-perkara berkaitan akademik untuk kelulusan/pemakluman
  • Menguruskan pelantikan Setiausaha Jawatankuasa Tetap Senat

 

PENTADBIRAN AKADEMIK

  • Menguruskan pentadbiran, rekod dan dokumentasi Jabatan. Melibatkan sistem pemfailan, urusan surat menyurat, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja (MPK &FM peringkat jabatan) dan mesyuarat melibatkan Jabatan.
  • Pengurusan dan kawalan kewangan jabatan yang berkaitan dengan Bajet, Perolehan, Panjar Wang Runcit & Aset Jabatan.
  • Perancangan dan penyelarasan program pembangunan staf BPA melibatkan latihan dan kebajikan staf.
  • Menguruskan penerbitan bahan-bahan percetakan yang berkaitan dengan pengurusan Jabatan termasuklah Prospektus Prasiswazah, Pamplet & Brosur.
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Peta Laman
  • Soalan Lazim