BPA - Official Portal

 ACADEMIC MANlogo bpa editAGEMENT
 DIVISION, REGISTRY

Frequently Asked Questions - All FAQs

Please select your question category

View all frequently asked questions

PEMINDAHAN KREDIT

Pemindahan kredit adalah proses memindahkan kredit kursus yang telah diambil oleh pelajar dalam sesuatu program ke program lain yang membawa kepada penganugerahan kelayakan yang ditawarkan oleh institusi yang sama atau institusi yang berbeza. Proses ini membolehkan kredit bagi kursus tersebut dikira sebagai sebahagian daripada keperluan kredit bergraduat program tersebut. Pada asasnya, kursus yang boleh dipindahkan kredit adalah kursus yang setara dengan kursus di program yang membawa kepada penganugerahan kelayakan. Terdapat dua kategori bagi pemindahan kredit iaitu:

  1. Menegak (Vertical) - pemindahan kredit daripada satu program ke program di tahap yang lebih tinggi seperti daripada Diploma ke Ijazah Sarjana Muda.
  1. Melintang (Horizontal) - pemindahan kredit daripada satu program ke program di tahap yang sama seperti daripada Diploma ke Diploma.

Pengecualian kursus ialah proses mengecualikan seseorang pelajar daripada mengambil kursus dalam program yang diikuti atas sebab-sebab tertentu. Pengecualian ini tidak menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus yang dikecualikan. Oleh itu, pelajar perlu menggantikan kursus yang dikecualikan dengan kursus lain bagi mencukupkan keperluan kredit bergraduat.

Contoh 1:

Seorang pelajar yang telah mendapat kredit/kepujian dalam kursus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah dikecualikan untuk mengambil Bahasa Kebangsaan di peringkat pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, pelajar perlu mengambil kursus lain untuk menggantikan kursus yang dikecualikan bagi mencukupkan keperluan kredit bergraduat program yang diikuti.

Contoh 2:

Seorang pelajar Arab Saudi yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Usuluddin adalah dikecualikan mengambil kursus Bahasa Arab yang ditawarkan dalam program tersebut memandangkan pelajar telah kompeten dalam bahasa tersebut. Walau bagaimanapun, pelajar tersebut perlu mengambil kursus lain untuk menggantikan kursus yang dikecualikan bagi mencukupkan keperluan kredit bergraduat program yang diikuti.

Pemindahan kredit adalah proses pemindahan kredit yang membolehkan kredit bagi kursus tersebut  dikira sebagai sebahagian daripada keperluan kredit bergraduat program yang baru. Manakala, pengecualian kursus tidak membawa sebarang nilai kredit. Oleh itu, pelajar perlu mengambil kursus lain bagi mencukupkan keperluan kredit bergraduat.

Pindah kredit daripada Diploma ke Ijazah Sarjana Muda dibenarkan sehingga maksimum 30%
(lebih kurang 1 tahun pengajian) daripada jumlah kredit program yang akan diikuti

Tidak, pemindahan kredit tidak dibenarkan (termasuk bagi Mata Pelajaran Wajib) bagi pelajar yang telah gagal dan diberhentikan daripada program tersebut sama ada pelajar ingin menyambung pengajian di Pusat Pengajian Tinggi (PPT) yang sama atau yang berbeza. Oleh itu pelajar perlu bermula semula sebagai satu program yang baru iaitu daripada semester 1.

Pemindahan kredit bagi situasi ini boleh dipertimbangkan dengan tertakluk kepada syarat pindah kredit. Lazimnya, currency of knowledge bagi sesuatu program adalah sekitar 5 tahun.

Dalam hal ini, terdapat dua keadaan berbeza iaitu:

  1. PPT yang sama - sekiranya pelajar ingin menyambung pengajiannya di PPT yang sama, tiada had pemindahan kredit dengan tertakluk kepada syarat pindah kredit.
  1. PPT yang berbeza - sekiranya pelajar tersebut menyambung pengajian di PPT yang berbeza, maka pemindahan kredit adalah tertakluk kepada syarat permastautin pelajar (residential year) iaitu:
  • Ijazah sarjana muda - 1 tahun
  • Diploma - 1 semester
  • Sijil - 1 semester

Sebagai contoh, seorang pelajar progam Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik berhenti daripada pengajiannya disebabkan masalah kesihatan. Kemudian, pelajar ini ingin menyambung semula pengajiannya dalam program Ijazah Sarjana Muda Statistik di PPT yang lain. Dalam situasi ini, pelajar tersebut boleh dipertimbangkan membuat pemindahan kredit tetapi perlu mengikuti pengajiannya di PPT yang baru itu sekurang-kurangnya 1 tahun pengajian sebelum dianugerahkan kelayakan.

URUSAN PEPERIKSAAN

Pelajar wajib membawa kad pelajar UMP dan slip menduduki peperiksaan semasa menduduki peperiksaan. Dokumen tersebut hendaklah diletakkan di atas meja dan akan diperiksa oleh Pengawas Peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Pelajar yang tidak membawa kad pelajar UMP dan slip menduduki peperiksaan akan dihalang daripada memasuki Dewan Peperiksaan.

  1. Membawa sebarang alat yang terdapat catatan bertulis, alat yang boleh diprogramkan atau alat komunikasi termasuk telefon bimbit, ipad, tablet tetapi tidak terhad kepada alat-alat tersebut sahaja ke dalam Dewan Peperiksaan. Pelajar akan dikeluarkan daripada Dewan Peperiksaan dengan serta – merta sekiranya didapati membawa barang terlarang.
  1. Menerima apa-apa kertas, buku, dokumen, gambar, nota, sebarang alat yang di dalam atau di atasnya terdapat catatan bertulis atau alat dari mana-mana orang lain semasa di dalam Dewan Peperiksaan; kecuali seseorang pelajar semasa ia berada di dalam Dewan Peperiksaan itu menerima daripada Pengawas apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar atau lain-lain alat yang dibenarkan oleh Pemeriksa berpandukan kepada arahan di kertas soalan berkenaan yang membenarkan dibawa.

Pelajar hendaklah mendaftar setiap Kursus yang diambil pada setiap semester dalam tempoh masa yang ditetapkan Universiti.

Pelajar dimestikan mendaftar Kursus dengan kod yang betul.

Pendaftaran Kursus mesti dibuat sebelum tamat tempoh pendaftaran wajib.

Pelajar yang lewat mendaftar Kursus tanpa alasan yang dapat diterima Universiti akan dikenakan denda.

Pelajar yang tidak membuat pendaftaran Kursus setelah tamat tempoh pendaftaran yang dikenakan denda tanpa sebab yang dapat diterima Universiti, boleh diberhentikan pengajian.

PENANGGUHAN PENGAJIAN

Sekiranya pelajar berhasrat untuk menangguhkan pengajian di atas sebab-sebab yang tertentu, pelajar perlu mengisi Borang Penangguhan Pengajian dan diserahkan kepada fakulti masing-masing untuk kelulusan Dekan. Bagi permohonan Tangguh Peribadi, permohonan hendaklah dibuat sebelum minggu ke Sembilan (9) perkuliahan.

Setelah diluluskan, fakulti akan mengeluarkan surat pemakluman kelulusan kepada pelajar dan memaklumkan kepada pihak BPA untuk ditukarkan status semasa pelajar kepada status 'Tangguh Pengajian'. Pihak BPA seterusnya akan memaklumkan perkara ini kepada pihak Bendahari dan Bendahari akan membuat pelarasan yuran mengikut kadar caj yang telah ditetapkan berdasarkan tarikh permohonan pelajar. 

  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Sitemap
  • FAQ