BPA - Official Portal

 ACADEMIC MANlogo bpa editAGEMENT
 DIVISION, REGISTRY

GEROBOK REZEKI #BPACare

PROJEK GEROBOK REZEKI #BPACARE

Latar Belakang Projek

Projek Gerobok rezeki #BPACare diinspirasikan daripada program Projek Gerobok Rezeki & Humanity bertujuan untuk menyemarakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang kali ini menyasarkan kepada pelajar UMP yang kurang berkemampuan. Melalui projek ini, satu almari ditempatkan di Pejabat BPA Gambang dan Pekan bagi membolehkan pelajar UMP yang memerlukan mengambil apa sahaja barangan keperluan yang dikehendaki secara PERCUMA.

Objektif

- Membantu pelajar UMP yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan barang keperluan yang dikehendaki di Gerobok Rezeki #BPACare.
- Memupuk nilai murni dan semangat saling membantu dikalangan warga UMP bagi memastikan barangan dan stok sumbangan sentiasa ada dan mencukupi.

Keperluan / Sumbangan

Barangan keperluan utama pelajar seperti makanan, alat tulis dan toiletories.

Sumbangan & barangan yang ingin diberi boleh dihantar ke pejabat BPA Pekan & Gambang atau sumbangan wang tunai kepada Pn. Nor Hafizah di BPA pekan (09-424 5264) atau Pn. Siti Masliza di BPA Gambang (09-549 2556) atau dengan bank in ke akaun KELAB BPA (156226068802- MAYBANK).

gerobok rezeki

  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Sitemap
  • FAQ